Konvokesyen UTM kali ke – 43

21 08 2009

Tahniah diucapkan kepada mahasiswa UTM yang telah menamatkan pengajian mereka di UTM pada Majlis Konvokesyen UTM kali ke – 43, yang telah berlangsung dari 15 hingga 20 Ogos yang lalu. Ini termasuk kepada ahli senior Kelab Penyayang UTM yang kini telah menjadi sebahagian daripada keluarga Alumni Kelab Penyayang UTM.

TAHNIAH~!

Sekian dari,

Afiq Azri Bin Mohd Ghani

EXCO Teknikal dan Multimedia KP UTM





Program Jom Sepakat! Rumah Barkat 2009

12 08 2009

Sabtu, 8 Ogos 2009 – Program Jom Sepakat! bertempat di rumah angkat rasmi kelab iaitu Rumah Anak Yatim Barkat, Jalan Bukit cagar anjuran Kelab Penyayang UTM telah berjaya dilaksanakan dengan penyertaan ahli seramai 32 orang.

Program ini merupakan  salah satu program khidmat bakti (gotong-royong) kelab yang bermatlamatkan untuk memperbaiki beberapa bangunan di Rumah Anak Yatim Barkat yang telah usang serta mengecat beberapa bahagian bangunan yang telah lusuh. Selain itu, gotong-royong membersihkan laman, bilik belajar dan asrama juga diadakan bertujuan untuk mencegah penyakit berjangkit seperti Aedes mahupun Selsema Babi (H1N1).

Program ini telah berlangsung seawal jam 8 pagi dan berakhir jam 5 petang yang mana turut disertai oleh anak-anak pelajar di rumah barkat. Walau bagaimanapun, disebabkan kesuntukan masa, kekurangan tenaga kerja dan kekurangan peralatan, hanya satu bangunan sahaja yang sempat dicat serta dihias.

Program ini dijangka akan disambung pada tarikh yang akan dimaklumkan kelak bagi merialisasikan  matlamat program iaitu untuk mengecat dua bangunan tersebut.

Sekian untuk makluman…

Afiq (Exco teknikal dan multimedia KP UTM)